SUBSCRIBE
FOLLOW

SUATU SAAT NANTI TIADA LAGI INSAN YANG INGIN DIRINDUI

 

KHAS Buat Kakak RAJA NOR ISMAH FALINA 
 

SEBESAR MANA PUN KASIH KITA SESAMA MANUSIA,
 IA TIDAK AKAN MAMPU MELAWAN KASIH TUHAN KEPADA HAMBA-NYA.
 DIA YANG MENDATANGKAN KITA KE ALAM INI,
DAN DIALAH YANG LEBIH BERHAK MENGAMBILNYA SEMULA APABILA TIBA MASA YANG DITETAPKAN-NYA.
DAN MASA ITU TIDAK AKAN PERNAH TERLEWAT ATAU TERCEPAT WALAU SEMINIT PUN. 
TIDAK KIRA BETAPA USIA KITA KETIKA ITU,
 SAMA ADA SUDAH MENJADI PELEPAH TUA ATAUPUN MASIH BARU BERPUTIK.


*Al-Fatihah BUAT Ayahnda RAJA NOR ISMAH FALINA
3 SYAWAL 1433h

Andai dia pergi dulu sebelum mu, 
sapu lah air mata dan teguhkanlah jiwa. 
Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. 
Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. 
Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. 
Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!


Andai dia pergi dulu sebelum mu,
katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. 
Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun,  aku  tidak akan lemas dipagut sendu.
Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. 
Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. 
Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..

Andai dia pergi dulu sebelum mu,
walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. 
Dulu kita bertemu untuk berpisah.  Kini kita berpisah untuk bertemu. 

Andai dia pergi dulu sebelum mu, 
sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. 
Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. 
Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan.
Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. 
Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. 

Andai dia pergi dulu sebelum mu, 
bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. 
Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. 
DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. 
Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.  
Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki.
Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.

Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? 
Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian.
Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. 
Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. 
Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.



 # Everyone wants to be happy, Nobody wants to be in pain, BUT you can't have a RAINBOW without any rain..


1 comments:

Anonymous said...

SubhanAllah, this is so beautiful~

Post a Comment